Apa yang menarik di Eco Ardence Lab dan Maya Park, Shah Alam?

Setelah berkali-kali saya melihat foto-foto cantik hasil bidikan kamera kawan-kawan di Eco Ardence Lab, hati jadi teruja nak pergi.

Apa yang menarik di Eco Ardence Lab dan Maya Park, Shah alam ni?

Haa.

Mesti teruja nak tahu kan?

Ada banyak tempat menarik untuk berfoto. Warna-warni dinding kontena yang dijadikan kedai-kedai menarik mata memandang.

Disinilah kita boleh bermain dengan warna dan kontras.

Kedai makannya ada yang halal dan tidak. Perhati betul-betul sebelum cuba ya.

Selain kedai makan, ada juga farmasi, gym dan yang paling menyeronokkan ibu-ibu adalah adanya Jaya Grocer disitu.

Boleh shopping barang dapur sambil anak dan suami beriadah santai.

Ada juga sedikit permainan untuk anak-anak.

Kawasan yang luas dengan trek berjalan kaki yang panjang, cukup selesa untuk anak-anak berlari.

Terdapat tasik buatan di Maya Park. Suasana sekitar waktu petang agak tenang. Sambil duduk menghadap air pancut, sesekali terlihat itik berenang di tasik.

Eco Ardence Lab & Maya Park ini buka setiap hari dari 6am-11pm.

Walaubagaimanapun, kebanyakan kedai makan dibuka disebelah petang sekitar jam 5pm.

Jom tengok video kami di Eco Aredence Lab & Maya Park.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s