Makan sedap Seremban di Hayyan Huda.

“Laa ni tak macam dulu. Niaga ceruk mana pun orang cari. Tapi kena bagi sedapla”.

Saya buat-buat dengar ulasan suami padahal fokus dah tertumpu ke meja. Teliur tengok hot cinnamon churros dengan aiskrim.

Makan sedap tengahari kami semalam di Hayyan Huda Opah’s Kitchen terletak di Taman Bukit Temiang, Seremban.

Lauk pauknya simple tapi mengingatkan kita kepada sedapnya air tangan masakan opah.

“Sembilang masak lemak cili api dengan sambal tempoyak daun kayu ni power. Daging salainya lembut”.

Suami saya jarang makan daging di kedai sebab selalunya dapat yang liat. Malas kunyah katanya. Haha. Tapi daging masak lemak semalam habis dimakannya. Boleh tahan!

Selesai makan menu utama, bolehlah merasa kek dan pastri dari Dr Ezani juara Masterchef. Semuanya nampak sedap.

Rasa bersalah sungguh sebab makan banyak semalam. Haha.

Kawan-kawan,
Kalau ada sekitar Seremban bolehlah singgah Hayyan Huda.

Alamat :
23, Jalan Bukit Temiang 1,
Taman Bukit Temiang
70200 Seremban.

Buka:
Sabtu dan ahad sahaja.
11am-3pm
6pm-11pm

#reviewmakan

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: