PCOS (polycystic ovarian syndrome) merupakan suatu keadaan yang menyebabkan masalah hormon perempuan yang tak seimbang.
Mereka yang mengalami PCOS mengeluarkan hormon lelaki yang lebih tinggi iaitu androgen. Kesannya, PCOS menyebabkan masalah ketidaksuburan dikalangan wanita.
Ramai yang mengalami PCOS tetapi tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah tersebut.
Apakah ciri-ciri PCOS? Adakah saya juga mengalami PCOS?
Secara ringkasnya, PCOS ini merupakan ‘syndrome’ yang melibatkan ovari dan menyebabkan masalah ovulasi.
3 ciri utamanya ialah :-
✔Cyst di ovari
✔Period yang tak regular atau skipped period
✔Tinggi kadar hormon lelaki (androgen)
Cyst yang kecil dan banyak di ovari ini berbentuk sac seperti karung air dan ia sebenarnya adalah folikel. Setiap satu folikel ini mengandungi telur yang tidak matang. Ianya tidak cukup matang untuk menyebabkan ovulasi.
Selain itu apakah tanda-tanda lain?
Ciri-ciri lainnya adalah :-
✔Kenaikan berat badan berlebihan / obesiti
✔Hirsutism – peningkatan pertumbuhan hair atau bulu di badan dan muka
✔Jerawat berlebihan
✔Male-pattern-baldness – rambut semakin menipis dan gugur.
Metabolik syndrome
Hampir 80% mereka yang alami PCOS ini berlebihan berat badan atau obese. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko diabetes, darah tinggi dan peningkatan paras kolesterol.
Insulin resistant di kalangan pesakit PCOS juga meningkatkan risiko diabetes.
Jom kita dengar apa kata Dr Salini, Pakar Fertiliti dari Metro IVF mengenai PCOS yang berkait rapat dengan ketidaksuburan.
Jika anda mempunyai masalah atau ciri-ciri seperti di atas, lekas berjumpa doktor dan rawatan boleh dimulakan.