Homestay menarik di Melaka, Ke Cabin by Bungalow In A Village

Musim cuti sekolah tentu ramai pakat jalan ke Melaka. Yang sedang survey homestay menarik di Melaka, Ke Cabin by Bungalow In A Village ini mungkin boleh masuk dalam senarai pilihan anda.

Sengaja mencari kelainan, kali ini kami sepakat memilih homestay berkonsep kontena ini yang terletak di Semabok , Melaka. Terletak di kawasan kampung yang cuma 10 minit ke Pusat Bandar.

Menariknya, ada kolam renang yang ‘child friendly’.

Kolamnya ada 3 peringkat kedalaman. Anak-anaklah yang paling suka. Niat bercuti pun memang nak bagi anak-anak seronok. Buka sliding door, boleh terus terjun ke dalam kolam. Nak mandi sampai malam pun boleh.

Kami sampai sana jam 3 petang. Dalam kabin agak panas, jadi duduk dulu menghadap kolam di luar sementara tunggu aircond sejuk. Tapi bila malam, menggigil berebut selimut. Haha.

 

Biliknya bersih dan kemas. Sejadah juga disediakan. Bilik air pun selesa.

Ada sebuah katil queen dan 1 sofabed. Cukuplah untuk keluarga kecil kami ( 2 dewasa, 3 kanak-kanak). Kalau nak tambah tilam pun boleh, maklumkan saja pada penyelia kabin (RM20/tilam).

Di dalam bilik tidak disediakan heater air masak dan seterika. Peti ais dan air panas disediakan di bahagian luar kabin (tepi kolam).

Waktu pagi disediakan dengan nasi lemak bungkus ala kampung. Memang serius sedap!

Dalam kawasan yang sama, ada juga sebuah banglo besar yang moden dan cantik, sesuai untuk gathering keluarga yang lebih besar.

 

Rumah bata ini merupakan rumah penyelia kabin dan bungalow yang ramah orangnya. Jika ada apa-apa masalah anda boleh terus hubungi beliau.

Akhir cerita, orang tanya best tak?

Untuk kadar rm250/malam (weekend rate), dengan bilik yang selesa, kolam renang yang menyeronokkan, dekat dengan pusat bandar, bagi saya amatlah berbaloi. Puas hati sangat.

Sesekali tukar selera, ok juga, ye dak?

BERIKUT SENARAI HARGA KE CABIN BY BUNGALOW IN A VILLAGE

CABIN KONTENA

4 kabin semuanya.
Rate per cabin :
RM199/night (weekdays)
RM250/night (weekend)

 

BUNGALOW

Maksimum kapasiti 15 tetamu termasuk kanak kanak
Jumlah Bilik = 4
RM950 / night (weekdays)
RM990 / night (weekend)
RM1200 / night (weekend on public holiday/ school holiday)

Lot 463, Jalan Bunga Kemboja 8,
Jalan Semabok Dalam, Melaka.

Contact :
Shakirah (owner) 0123080929

Fb : Ke Cabin by bungalow in a village
Ig : @kecabin, @bungalow_in_a_village

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s