Ramai juga yang tak pasti bila perlu buka buku pink ibu mengandung atau antenatal terutama sekali bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung.
Untuk makluman,
Bila kita disahkan hamil (ujian urin POSITIF), anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik swasta untuk sahkan kehamilan.
Ultrasound boleh dilakukan seawal minggu ke 6 – 7 kehamilan. Degupan jantung juga boleh dilihat pada minggu ke 6.
Jadi, bila perlu buka buku pink ibu mengandung?
Sebaiknya, kita buat ‘booking’ atau buka buku pink antenatal selepas kita disahkan hamil. Ada sesetengah klinik yang cadangkan supaya dapatkan ultrasound pertama dahulu dan barulah buat booking.
Buka buku pink ibu mengandung perlu dilakukan sebelum 12 minggu (3 bulan) kehamilan. Dengan panduan scan awal sebelum 12 minggu, tarikh EDD atau estimated due date dapat ditentukan dan disahkan oleh doktor.
Ini untuk mengelakkan masalah Late Booking dan berkemungkinan tarikh EDD tidak tepat terutama sekali kes-kes yang lewat booking pada trimester kedua atau ketiga.
Ibu-ibu yang berisiko.
Booking awal perlu bagi mereka yang berisiko terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, anemia dan lain-lain. Ia termasuk juga mereka yang punya masalah lain seperti keguguran berulang bagi kandungan sebelumnya, masalah abnormaliti atau sejarah kematian anak sebelumnya.
Sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Klinik Ibu Anak / Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta terdekat.
Tapi, jangan tunggu lama-lama sampai tak buka buku pink ibu mengandung ya!
Dr Najwa – Primary Care