Bahaya korek telinga! 5 sebab kenapa kita tak digalakkan korek telinga guna cotton bud.

Penggunaan cotton bud bukanlah cara terbaik untuk keluarkan tahi telinga (ear wax). Apatah lagi kalau kita gunakan pengorek telinga jenis besi.

Paling mengerikan jika digunakan sendiri oleh anak-anak kecil tanpa pantauan. Ya puan-puan, anak-anak kita ni selalu meniru perbuatan orang dewasa. Pantang jumpa cotton bud dimana-mana ruang rumah, terus nak masukkan dalam telinga.

Ada 5 sebab kenapa kita tak digalakkan korek telinga guna cotton bud.

1. Cotton bud boleh menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam. Berisiko tersumbat tahi telinga.

2. Ia boleh sebabkan iritasi kepada dinding laluan lubang telinga. Plastik atau kayu pada cotton bud boleh menyebabkan luka pada lapisan kulit dinding telinga.

3. Bayangkan jika cotton bud itu tertolak lebih jauh ke dalam dan merosakkan gegendang? Nanti jadi masalah kurang pendengaran, atau jangkitan bahagian telinga dalam.

4. Ada waktunya, kapas dari cotton bud tertinggal di dalam. Boleh jadi punca tersumbat dan jangkitan.

5. Dirumah, kadangkala cotton bud tak ditutup dengan betul. Terdedah kepada udara dan bakteria. Lepas tu kita pula ambil dan korek telinga. Secara tak langsung bawa jangkitan ke dalam telinga.

Simpan elok-elok di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak-anak kecil.

Kalau kita tak berhati-hati, boleh rosakkan telinga tanpa sengaja.

Tahi telinga atau ear wax ni dihasilkan secara natural. Ada fungsi dan kebaikannya, seperti :-

1) melindungi telinga daripada kekotoran, hama dan jangkitan bakteria.

2) melindungi dan melembap bahagian laluan dalam telinga.

3) menghalang serangga daripada masuk ke dalam telinga.

Cuba bayangkan telinga kita bersih sebersihnya tanpa wax. Mudahlah semut berjalan keluar masuk dalam telinga. Hehe.

Habis macam mana nak cuci?

Memadailah dengan cuci atau lap permukaan lubang telinga dengan kain atau tisu bersih. 

Serpihan, keruping atau ‘flakes’ tahi telinga akan jatuh sikit demi sedikit. Kita tak perasan pun ia jatuh.

Ada sesetengah orang penghasilan tahi telinganya berlebihan dan berkemungkinan mudah untuk tersumbat. Jadi, berjumpalah dengan doktor jika mempunyai masalah tersumbat telinga.

Anda mungkin diberikan pelembut ear wax secara titisan seperti waxsol, cerumal atau soluwax. 

Kalau dah keras sangat, kita boleh buat ‘ear irrigation’. Cuci telinga di klinik.

Semoga ianya menjawab persoalan kenapa kita tak digalakkan korek telinga dengan cotton bud. Mudahan ianya bermanfaat untuk semua. Boleh kongsikan kepada yang lain.

DR Najwa – Primary Care.

Setiap penulisan di atas adalah copywright najwastory.com.
Ianya boleh di kongsi dengan pautan ‘share link’ namun tidak dibenarkan COPY & PASTE tanpa kebenaran atau kredit kepada penulis asal.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s