Ada kalanya kita sebagai ibu bapa buntu, apa lagi jenis sabun yang perlu diguna untuk anak ekzema. Dah macam-macam cuba tapi tak ada yang elok. Malah makin bertambah kering kulit.
Disini saya kongsikan secara ringkas Tips cara mandi anak ekzema.
Elak mandi air panas sebab ia akan buat kulit bertambah kering
Produk mandian ekzema : kalau boleh cari jenis ‘gentle cleanser’, unscented, fragrance free, dye free. Campuran bahan-bahan ni berpotensi buat iritasi pada kulit.
Elak produk mandian yang ada kandungan alkohol sebab ia juga buatkan iritasi kulit (terutama waktu tengah teruk atau flare).
Elakkan guna sabun yang berbuih-buih. Jadi tak digalakkan mandi buih ya anak-anak. Ini akan buatkan kulit menjadi kering.
Cara nak lap : elak lap kulit dengan cara menggosok atau ‘scrubbing’. Kita ‘dap-dap’ saja dah cukup.
Lepas siap mandi dan lap, lekas-lekas sapu pelembap ke seluruh badan anak atau tempat-tempat yang sensitif dan kering.
Paling bagus kalau dapat sapu pelembap dalam masa 3 minit selepas mandi. Ini dinamakan ‘ locking in moisture’ untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Keyword penting untuk ekzema adalah melembap! melembap! melembap!
Bagi anak yang ekzema, kulit yang kering akan menerukkan lagi keadaan. Jadi, teruskan pakai pelembap.
Boleh letakkan krim pelembap didalam peti ais. Krim pelembap ekzema yang sejuk sedap dipakai (soothing effect) dan secara tak langsung mengurangkan gatal.
Jika gatal dan ekzema berterusan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.
-Dr Najwa-