Makan Sedap Di Melaka

Kebiasaannya kalau ke Melaka kita cari asam pedas kan?

Tapi restoran pilihan kami ini agak istimewa dan ianya tersenarai dalam pilihan MAKAN SEDAP DI MELAKA.

Hari terakhir kami di Melaka, sempat singgah di MR CAFE & RESTAURANT di Ayer Keroh (sebelah Balai Polis Ayer Keroh).

Memang betul-betul citarasa kampung. Sedap baq hang! Dihidangkan dengan talam dan pingan-pinggan lama, terasa macam makan di kampung sendiri.

sedap di melaka

Satu set talam tu berharga rm69.90.

Ada tempoyak pucuk ubi, 3 jenis masak lemak cili api, sembilang, siput sedut dan daging salai. Ada juga potongan tembikai, telur masin, ulam dan sambal belacan. Asam pedas keladi pun sedap, memang rasa macam air tangan nenek-nenek kita di kampung.

Tak gunakan pes macam kebanyakan rasa asam pedas di kedai lain.

Satu jag air sirap selasih pun termasuk dalam set. Anak-anak dapat aiskrim percuma tau!

Nasi cukup untuk 4 orang dewasa. Kalau nak tambah nasi pun boleh (extra charged). Lauk yang tersenarai tu boleh juga ditambah lagi secara ala carte.

makan sedap di melaka
makan sedap melaka
Kami makan menambah-nambah, kenyang teruk kata depa. Haha. Alhamdulillah.
Kalau mencari MAKAN SEDAP DI MELAKA, jangan lupa singgah sini ya!

MR CAFE & RESTAURANT

(Sebelah Balai Polis Ayer Keroh)

4, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

06-253 5527 / 019-9898676

Buka 12pm-10pm

Tutup Isnin.

#reviewkedaimakan

#makansedapmelaka

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: