Punyalah berdebar bila period tak datang. Terus tak sabar buat urine pregnancy test. Rasa macam nak melompat bila keputusannya POSITIF. Punyalah excited, terfikir terus pasal scan mengandung, bila boleh buat.
Ramai yang bertanya bila waktu yang sesuai untuk buat scan mengandung?
Hari ini saya kongsikan sedikit tentang anggaran waktu yang sesuai untuk scan.
1) Dating scan.
Scan pertama ini perlu untuk tentukan kandungan dan tarikh EDD (estimated due date). Ini penting dibuat diperingkat awal kehamilan, sebaiknya sebelum 12 minggu kandungan. Ia juga penting untuk pastikan bahawa kandungan berada di dalam rahim.
Scan pertama boleh dilakukan waktu kandungan 6-7minggu. Degupan jantung bayi jelas kelihatan pada 6-7 minggu kehamilan (bergantung kepada mesin ultrasound yang digunakan).
2) Antenatal check up
Sepanjang antenatal check up, adalah baik jika dapat buat scan pada setiap trimester untuk melihat perkembangan anak didalam kandungan.
Kebanyakan Klinik Kesihatan akan melakukan scan ibu mengandung pada waktu buka buku antenatal, 20 minggu dan 28 minggu.
Selain di Klinik Kesihatan, anda boleh juga lakukan scan mengandung di klinik atau hospital swasta.
Kekerapan scan ini bergantung juga kepada keadaan ibu dan faktor risiko sepanjang kehamilan. Sebagai contoh, ibu yang menghidap diabetes atau darah tinggi waktu hamil, scan mengandung akan dilakukan lebih kerap untuk memantau perkembangan anak kerana risikonya lebih tinggi.
3) Jantina bayi
Sebenarnya 18 minggu kandungan pun ada yang dah jelas kelihatan jantinanya tau! Terutamanya kalau baby boy.
Imej ini adalah hasil 3d4d scan pada minggu ke 30 kandungan.
Imej ini merupakan 5d scan pada usia kandungan 32 minggu.
4) Detail scan
Scan detail sesuai pada usia kandungan 20 hingga 25 minggu. Ianya bertujuan mengukur pembesaran janin, plasenta dan air ketuban serta melihat jika terdapat sebarang abnormaliti atau ketidaknormalan pada janin.
Ianya termasuklah melihat abnormaliti pada bahagian otak, muka (termasuk mata, hidung, telinga), jantung, paru-paru, perut, buah pinggang, pundi kencing, tulang belakang, kaki, tangan, jari jemari dan lain-lain.
Spina bifida dan sumbing juga boleh dilihat sewaktu detail scan.
Sebagai contoh, mereka yang berisiko seperti diabetes, darah tinggi atau mempunyai sejarah abnormaliti pada anak sebelumnya, dinasihatkan untuk jalani detail scan.
Anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat ya!
5) Scan 3D/4D/5D/6D
Sekarang ini mesin ultrasound sudahpun berevolusi sehinggakan sesetengah tempat punya scan 6D.
WOW sangat!
Ianya sesuai bagi kandungan dari usia 26 hingga 32 minggu kandungan.
Bolehlah mommy dan daddy lihat wajah anak. Hidungnya, bibirnya ikut siapa. Comel sangat aih!
Semoga ianya bermanfaat bagi ibu-ibu diluar sana yang tertanya-tanya tentang scan mengandung, bila nak buat.

* * *
Setiap penulisan di atas adalah copywright najwastory.com©
Ianya boleh di kongsi dengan pautan ‘share link’ namun tidak dibenarkan COPY & PASTE tanpa kebenaran atau kredit kepada penulis asal najwastory.com.