Lihat bagaimana seorang doktor ini menghasilkan karya video yang cantik.

Selalunya orang kata seorang doktor ini serius dan skema orangnya. Tetapi akan timbul rasa kagum bila kita lihat bagaimana seorang doktor ini menghasilkan karya video yang cantik.

Sains dan seni jika digabungkan selalunya akan hasilkan suatu yang indah.

Ramai juga dikalangan doktor yang mempunyai minat mendalam pada bidang seni termasuklah penulisan, puisi, lukisan, fotografi, videografi dan lain-lain.

Doktor ini mengisi waktu sebelum panggilan housemanshipnya (setahun lebih menunggu) dengan menghasilkan karya-karya video yang cantik lagi berseni ni.

Hasil lukisan tangan beliau juga menarik. Besar sungguh bakatnya.

Beliau ini saya kenal waktu sama-sama hadir Kelas Mobilegraphy beberapa bulan lepas. Dalam kelas ini terkumpulnya anak-anak muda yang banyak idea. Saya saja yang berumur lebih. Haha.

Semoga terus success Dr Addin.

Boleh lihat video-videonya di Youtube 👇🏻👇🏻

Nak tahu saya dulu buat apa waktu menunggu panggilan housemanship?

Sibuk uruskan hal perkahwinan. Haha. Siap minta tangguh 2 minggu untuk selesaikan majlis sebelum bermula housemanship. Gittew!

Pengalaman 11 tahun dulu, waktu menunggu panggilan kerja tidak lama. 3 bulan selepas habis belajar, kami sudahpun dipanggil untuk melapor diri sebagai doktor pelatih (houseman).

Tak sempat bercuti lama, tak sempat berbulan madu pun. Terus masuk On CALL!

-Dr Najwa-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s