Tempat Menarik Di Janda Baik

TEMPAT MENARIK DI JANDA BAIK

Masih mencari Tempat Menarik di Janda Baik? Mungkin Fifty4ferns Resort ini boleh masuk dalam senarai anda.

Tidak ada wifi, internet atau media sosial. Jauh pula dari keriuhan kota.

Masa bergerak terasa perlahan. Barulah kita sedar, betapa panjangnya waktu dan banyaknya perkara yang boleh kita lakukan bersama.

Setelah hampir beberapa minggu survey Percutian Menarik Di Janda Baik, cuti sekolah yang lepas kami sepakat bawa anak-anak ke Resort Fifty4ferns di Janda Baik.

Ada banyak perkara menarik di Resort Fifty4ferns ni.

(1) Ada anak sungai di dalam kawasan sekitar resort. Airnya sejuk menggigit tulang. Setelah puas mandi sungai, sambung pula di kolam renang. Hujan pun anak-anak dah tak hirau. Makin ligat Sofea menari dalam kolam. Bagus juga mereka dah biasa mandi hujan, tak adalah risau.

(2) Chalet kami, Golden Shower menghadap tasik yang penuh dengan ikan tilapia dan patin.

Malamnya hujan, sejuk dan berangin. Suhu diluar mencecah 23 darjah. Melepak di ambin waktu malam sambil bersembang santai dengan suami memang asyik.

(3) Saya memang puji hiasan dalaman bilik. Cantik, kemas dan bersih. Perasaannya seperti menginap di hotel banyak bintang. Bilik airnya paling mengujakan (tengok gambar).

(4) Basikal juga disediakan. Bolehlah nak mengayuh sekitar chalet. Naik turun bukit sambil bawa ‘selfie stick’ sebab ada banyak tempat yang cantik untuk bergambar.

(5) Kami keluar awal untuk makan malam. Kalau lewat, takut jalan balik terlalu gelap. Jam 6 pm keluar ke kedai tomyam berdekatan kampung. Bungkus lebih untuk makan di chalet. Cuaca dingin, jadi asyik nak ulang makan. Lepas bercuti, baju pun jadi sendat.

(6) Ada zoo mini di bahagian atas bukit, menempatkan burung dan ayam. Kawasan sekitarnya akan ada lebih banyak lagi chalet yang masih dalam pembinaan. Atas bukit, menghadap pula kehijauan pepohon hijau. Sejuk mata memandang.

(6) Kakitangan resort semuanya ramah dan sangat membantu. Seawal jam 8 pagi, kita dah boleh nampak mereka bersihkan halaman sekitar. Tempat cantik dan tenang. Rasa mahu duduk lama tahu!

(7) Harga chalet bermula dari RM400+. Chalet Golden Shower yang kami inap harganya RM450+ satu malam. Ada juga ‘tree house’, sesuailah untuk pasangan berbulan madu.

Untuk harga RM450+ satu malam, rasanya sangat berpuas hati sebab yang anak-anak suka semua ada disitu. Sangat berbaloi.

We had a great day, Alhamdulillah.

Jangan lupa tengok video kami ya!

============================

Fifty4fern Resort
Lot 12188 Lorong Ceringin
28750 Janda Baik, Bentong, Pahang.

09 2330554 (Resort)
019 3883454 (Pn Noreen)
019 3454284 (En Azhar)

Fb : Fifty4Ferns

Ig @fifty4ferns

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: