Penulisan Content Di Media Sosial dan Asas Story Telling

Waktu bersalaman dengan Puan Rozi, PA Dato’ Siti Nurhaliza pagi itu, teruja sungguh saya. Tapi sayang, Dato’ Siti tidak hadir bersama ke Bengkel Penulisan Viral-Lah atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Kelas Penulisan Content di Media Sosial dan Asas Story Telling.

Walaupun ianya telah berlalu, saya mahu juga kongsikan pengalaman berharga hadiri kelas bersama penulis terkenal di Facebook iaitu Tuan Khairul Hakimin Muhammad.

Siapa yang tidak kenal beliau kan? Banyak posting-posting beliau di Facebook yang menjadi viral dan trending.

Bengkel ini berlangsung selama 4 jam pada 25 Mac 2017. Ia bertempat di Bilik konferen Hotel Premiera Kuala Lumpur. Kelas meriah, penuh sampai belakang.

Peserta dari Sitizoners pun ramai. Kalaulah Dato’ Siti datang, beruntung sungguh! Malangnya tak ada. Haha.

 

Bengkel ini bagi saya, sangat baik. Banyak input yang saya dapat. Antaranya ialah :

1) Asas penulisan dalam membina konten yang baik.

2) Pentingnya menulis dengan ejaan yang betul dan penuh tanpa singkatan.

3) Jenis-jenis posting yang bagaimana perlu kita olah dan susun supaya dengannya kita boleh berkongsi kebaikan dengan orang lain.

4) Teknikaliti berkaitan Facebook. Posting, Like, Share dan sebagainya.

Masuk kelas cuma separuh hari, bila habis kelas terus terasa bijaksana gitu! Walhal banyak lagi kena praktis. Haha.

Jujurnya, menulis dengan baik itu secara tak langsung mampu menaikkan kredibiliti seseorang. Sekaligus menjadikan akaun Facebook kita berbaloi untuk diikuti.

Jadi, bengkel penulisan content dan asas story telling seperti ini bukanlah semata untuk mereka yang berminat menulis sahaja, malah bagus untuk mereka yang berniaga. Kita dapat belajar teknik-teknik mempromosikan produk dengan gaya penulisan yang betul.

Hari ini, Tuan Khairul Hakimin juga mengadakan coaching berkumpulan mahupun personal.

Anda boleh hubungi beliau di talian 013 9249877 (whatsapp) untuk pertanyaan tentang coaching ditempat anda.

Menarik bukan?

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: