Tips Menjaga Pesakit Strok Atau Angin Ahmar

Tips Menjaga Pesakit Strok Atau Angin Ahmar

Papan putih ini letaknya di dinding hujung katil rumah kampung. Ia ditulis 3 tahun lepas waktu almarhumah emak diserang strok, genap 6 bulan selepas almarhum ayah meninggal dunia.

Ingin saya kongsikan beberapa pengalaman dan tips menjaga pesakit strok atau angin ahmar. Kita sebagai anak perlu ambil tahu jika ibu bapa atau keluarga diserang strok atau angin ahmar.

 

1. EMOSI & SOKONGAN.

Bayangkan betapa kecewanya mereka yang biasa sibuk kerja dan tidak duduk diam, tiba-tiba terlantar tidak bergerak, tidak boleh bercakap dan tidak boleh makan. Sesekali akan nampak air mata mengalir dipipi. Awalnya, tiub makan pun dicabut.

Waktu ini selain pesakit, kita juga perlu kuat emosi untuk hadapi mereka. Simpan rasa sedih dan berusahalah untuk kuat.

Mereka (pesakit) ini dalam fasa denial atau tidak percaya, stress, sedih dan kecewa. Jadi mungkin ada tingkah laku yang tidak patut untuk melepaskan rasa kecewa. Ada ketikanya pesakit sendiri tidak dapat mengawal gerak laku akibat gangguan otak disebabkan serangan strok. Jadi kita kena faham.

2. TUNGGU

Ini penting. Percayalah, yang menunggu di wad itulah yang paling banyak belajar cara menjaga pesakit strok.

Kita tengok dan belajar cara bagi ubat, bagi makan atau minum (terutama sekali kalau gunakan tiub), cara nak angkat atau alih pesakit dengan betul, cara tukar pampers, fisioterapi dan sebagainya.

Paling utama, bila waktu doktor round, kita sentiasa dapat update keadaan terkini. Jika doktor mahu berbincang tentang rawatan atau perkembangan, ahli keluarga sentiasa ada.

Ambillah cuti dan bergilir-gilir jaga di wad.

PERSEDIAAN DISCAJ.

Kalau tak pasti, boleh tanyakan pada doktor yang merawat atau jururawat di wad ya.

1. KATIL & TILAM DIRUMAH

Jika berkemampuan, bolehlah disediakan katil boleh laras dan tilam bersama lapik ‘ripple matress’ yang bagus untuk pesakit strok atau angin ahmar yang terlantar.

Hari tu, untuk emak, katil dan tilam ‘order’ dari farmasi. Boleh juga dapatkan secara online.

2. TEMUJANJI

Pastikan tarikh temujanji klinik semua sudah sedia. Ini termasuklah temujanji ambil darah, berjumpa doktor, dietitian, fisioterapi, terapi cara kerja & terapi pertuturan jika perlu.

 

3. FISIOTERAPI.

Ini sangat penting dalam proses pemulihan strok.

Latihan fisioterapi emak di hospital setiap minggu. Ada juga pegawai fisio datang ke rumah (bayaran sendiri).

Ahli keluarga juga boleh belajar senaman ringkas yang boleh dilakukan untuk pesakit di rumah.

 

4. DIETITIAN.

Jika discaj dengan tiub makan, kita kenalah belajar cara memberi minum yang betul.

Bagus jika ada temujanji dengan dietitian. Dari situ kita di tunjuk ajar tentang pemilihan susu atau makanan yang sesuai.

Waktu dulu, saya sangat beruntung. Sahabat dietitian saya bantu dari jauh. Apa nak buat jika cirit, cara nak bancuh susu, pengambilan probiotik dan lain-lain.

5. TIUB MAKANAN & TIUB URIN

Ia perlu ditukar setiap 2 minggu di klinik kesihatan terdekat.

6. TERAPI CARA KERJA (OCCUPATIONAL THERAPY).

Mereka akan dilatih untuk aktiviti seharian termasuklah cara untuk makan, memakai baju, mandi serta aktiviti ringan lain. Ia penting untuk tingkatkan kembali kekuatan otot serta bantu tingkatkan kebolehan pesakit berdikari.

 

7. TERAPI PERTUTURAN.

Beruntung kami kerana sepupu merupakan seorang terapi pertuturan.

Dari beliau kami belajar cara urutan muka, pergerakan dan aktiviti yang membantu menguatkan semula otot-otot sekitar bahagian muka dan bahagian oral / mulut.

Selain daripada bantu pemulihan percakapan, kebolehan menelan atau ‘gag reflex’ boleh diuji bagi menentukan sama ada pesakit sudah sedia untuk menelan dan makan sendiri (dicabut tiub makanan).

 

6. UBAH KEDUDUKAN

Jika pesakit terlantar, rajinkanlah diri untuk mengubah kedudukan pesakit setiap 2 jam untuk mengelakkan terjadinya luka di bahagian belakang atau ‘bed sore’.

Pesakit boleh baring mengiring ke kiri atau ke kanan dan ampu belakangnya dengan bantal.

Ha! Sebab itulah penting waktu menunggu di wad hospital tadi. Kita boleh belajar dari jururawat, bagaimana cara mengubah kedudukan pesakit dengan betul. Tak adalah sakit pinggang nanti.

7. TULIS.

Lebih baik lagi, tuliskan segala rancangan rawatan, waktu makan ubat atau temujanji hospital dengan jelas di papan putih macam dirumah kami.

Semua orang boleh baca & faham, sekaligus tak lupa segala temujanji.

Setakat ini sahaja, sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan berkenaa tips menjaga pesakit strok atau angin ahmar.

Walaubagaimanapun ianya hanyalah perkongsian peribadi. Berbincanglah dengan doktor yang merawat, mengikut keperluan pesakit itu sendiri.

Semoga bermanfaat.

**Perkongsian ini asalnya ditulis di Facebook peribadi saya Najwa Hamidi bertarikh 15 Januari 2018.


Setiap penulisan di atas adalah copywright najwastory.com.

Ianya boleh di kongsi dengan pautan ‘share link’ namun tidak dibenarkan COPY & PASTE tanpa kebenaran atau tanpa kredit kepada penulis asal najwastory.com.


Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: