Kelas Marketing, SEO dan Copywriting

Kelas Marketing, SEO dan Copywriting.

“Najwa dah ada bakat menulis. Lepas ni fokus menulis untuk SEO.”

Balik semalam bawa semangat cikgu Suraya Ali, yang juga sahabat idola saya. Sudahlah lembut budi bahasa, dalam keadaan tak berapa sihat pun Cik Sue teruskan berkongsi ilmu.

Dengan harga yuran yang tak masuk akal, Kelas Marketing, SEO dan Copywriting anjuran Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) semalam cuma RM25 sahaja. Dapat belajar macam-macam. Berbaloi sangat, alhamdulillah.

Kalau dulunya saya cuma blogger picisan (haha), semalam dapat belajar membangunkan web dan teknik-teknik menulis untuk SEO supaya ianya terletak di bahagian pertama pada carian google.

“Cik Sue, produk belum ada lagi tak apa ka?”

“Tak apa. Praktis menulis dengan personal blog saja dulu.”

Kata beliau, upah untuk menghasilkan satu copywriting iklan untuk produk saja boleh mencecah RM200-RM500. Satu okey! (Nah, nanti boleh ambil upah untuk buat iklan beb 🤭)

Beruntunglah kami semalam ditunjuk ajar tentang asas copywriting juga.

Pendek kata, kelas begini bagus untuk usahawan yang baru berjinak dengan bidang perniagaan.

Tak rugi belajar menulis dengan betul. Macam-macam boleh buat dengan adanya ilmu.

Waktu ini medium facebook dan instagram sudah bagus untuk marketing perniagaan. Tetapi untuk marketing yang konsisten dan berpanjangan, laman web jangan dilupa. Bangunkan!

Beruntung sungguh dapat hadir ke Kelas Marketing, SEO dan Copywriting semalam.

Boleh juga saya aplikasikan untuk bangunkan laman web sendiri berkenaan hal-hal kesihatan. InsyaAllah.

Semoga ilmu yang berguna ini manfaatnya berpanjangan.

 

Sampai jumpa lagi kawan-kawan usahawan yang hebat.

Terima kasih cikgu Suraya Ali atas tunjuk ajar. Terima kasih MDEC kerana menganjurkan kelas terbaik sebegini.

TAHNIAH!


Setiap penulisan di atas adalah copywright najwastory.com.

Ianya boleh di kongsi dengan pautan ‘share link’ namun tidak dibenarkan COPY & PASTE tanpa kebenaran atau tanpa kredit kepada penulis asal najwastory.com.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s