Home

Selamat datang ke najwastory.com.

fifty4ferns janda baik356248786..jpg

Blog ini dikendalikan oleh saya sendiri, Najwa Hamidi yang kini bertugas sebagai doktor perubatan di salah sebuah Klinik Swasta di Pulau Pinang.

Saya telah memulakan khidmat sebagai seorang doktor perubatan bermula tahun 2007 dan menamatkan latihan Housemanship di Hospital Pulau Pinang. Selepas hampir 3 tahun berkhidmat sebagai Medical Officer di Jabatan Kardiologi P.Pinang, saya berpindah ke beberapa buah Klinik Kesihatan sekitar Pulau Pinang. Kemudian saya  bertukar ke Kedah dan terus menetap di sana.

Pengalaman yang lama di Klinik Kesihatan memberi peluang kepada saya memberi rawatan kepada pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Ibu Mengandung.

Pada awal tahun 2015, saya telah meletak jawatan dibawah Kementerian Kesihatan. Semenjak itu berkhidmat sebagai General Practitioner di Klinik Swasta.

Di ruang blog ini saya kongsikan pelbagai isu berkaitan kesihatan dan juga tentang perihal kehidupan seharian saya termasuklah kisah travel, resipi, review dan lain-lain.

fifty4ferns janda baik356248786..jpg


Anda boleh lihat lebih banyak perkongsian di Blog Story –> Klik sini.

Untuk Multimedia Channel saya termasuk Facebook, Instagram, Laman You Tube –> Klik Sini

Harapan saya agar dapat menjadikan ianya suatu platform yang berinformasi seterusnya memberi manfaat kepada kita semua.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di Facebook [klik sini] atau email zahanajwa@gmail.com

Selamat membaca!